Sunday, October 21, 2012

PENAT


Keluhan yang sama
Mungkin bukan hari ini
Mungkin juga bukan esok
Tapi pasti ada kita mengeluh PENAT

Kadang-kadang penat itu indah
Kadang-kadang penat itu pemusnah
 Apa yang kau rasa
Mereka pun rasa

Bukan kau sorang
Bukan segelintir
Tapi semua
Yang kenal apa itu PENAT

Mengeluh la
Kalau itu boleh buat kau rasa tenang
Bercerita la
Kalau itu pengubat rasa yang lara


Ikhlas-ferra

**SEKIAN**



Wednesday, October 17, 2012

PERASAAN YANG MEMBUNUH

 (sumber gambar)

Dulu kau kata 'Aku akan jadi sahabat kau sampai bila-bila'
Dulu kau kata 'Aku akan sentiasa ada masa untuk kau'
Dulu kau kata 'Tiada rahsia di antara kita'
Itu semua yang pernah kau kata kat aku dulu.

Sekarang kau kata 'Aku saiko'
Sekarang kau kata 'Aku busy'
Sekarang kau kata 'Tak semua cerita yang kita boleh kongsi bersama'
Kau nampak perbezaan di situ?

Dari mula aku ingatkan kau
'Kau jangan simpan apa-apa perasan kat aku,sekali kau dah rasa perasaan itu.
Pasti persahabatan kita akan hancur.

Terbukti aku benar.
Kini kita seperti tak pernah mengenali satu sama lain.
Kini kau lupa segala syarat yang pernah kita cipta bersama.
Ini semua kerana kau punya rasa itu terhadap aku.

MAAF!!
Aku terpaksa buatkan kau membenci aku.
Aku harus menjauhkan diri dari kau.
Aku harus abaikan perasaan kau.

Jaga dan hargai apa yang kau ada.
Itu pesanan terakhir aku untuk kau.
Selamat tinggal sahabat.

AKU RINDU

Assalamulaikum..
Serius AKU RINDU..
Aku rindu bermadah pujangga
Aku rindu berkongsi rasa
Aku rindu bersuara lantang
Aku rindu jejak kaki kalian semua.

Hari ini,
Waktu ini,
Detik ini,
Mungkin aku kembali menemani kalian seluruh alam.

Friday, August 31, 2012

BERSUA KEMBALI

Assalamulaikum..

Kini ku kembali
Berkongsi inspirasi
Berkongsi suka dan duka
Sebagai seorang insan yang bernama siti

Kau suka
Terima kasih aku ucapkan
Kau tak suka
Celaka la kau di sana
Kerana di sini tempat ku bersuara lantang

Mungkin tulisan aku kurang sempurna
Tak seperti penulisan terkenal
Namun aku ada gaya identiti sendiri
Yang mungkin mereka tiada

Sampai berjumpa lagi 
Di entry yang seteruanya.

SEKIAN

IKHLAS-FERRA

Friday, July 20, 2012

BANGUN


 (sumber gambar)

Aku bangun..
Dengan satu matlamat "sahur"
Aku berniat
Dengan satu kewajipan "puasa"

Hari ini..
Cekalkan la hati
Hari ini..
Kuatkan la iman

Bermula episod mengenal diri
Mengukur segala di dalam diri
Tiada syaitan di sisi
Itu la diri sebenar kita di duniawi

Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat.

Ikhlas-ferra

**SEKIAN**

TENANG



Tenang..
Mungkin itu yang aku cari
Tersenyum..
Mungkin itu yang terbaik

Syukur..
Dengan setiap pinjaman duniawi
Menjaga..
Itu sudah pasti ku janji

Kini aku mula berdiri
Di atas garis suci
Kini aku tak sendiri
Syurga ku sentiasa di sisi

Akhirnya aku temui
Apa erti hidup yang hakiki
Sujud syukur tak pernag terhenti

Semoga kali ini
Aku lebih berani
Mencari erti yang pasti

Ikhlas-ferra

**SEKIAN**

JIWA


Jiwa puitis itu aku
Jiwa yang sebati dalam diri aku
Jiwa yang lantang untuk aku suarakan

Di mana salahnya?
Di mana jeliknya?
Di mana kurangnya?

Manusia mudah mendengki
Manusia mudah membenci
Manusia mudah mencaci

Rasa itu kita semua penah rasa
Tapi sampai bila?
Pasti tiada kemajuan disitu

Jangan di dengki jiwa aku
Jangan di benci jiwa aku
Jangan di caci jiwa aku

Kerana aku sudah menuju kejayaan
Kau dimana?
Masih di zone yang sama bukan?

Renung-renungkan la..

Ikhlas-ferra

**SEKIAN**

KITA BERBEZA


Kita Berbeza
Kita tak sama
Kita punya kelainan

Namun Kita percaya pada yang satu
Namun kita punya matlamat yang satu
Namun kita menuju jalan yang satu

Berbeza?
Tak sama?
Kelainan?

Semuanya kita lalui berdua
Kerana kita saling memerlukan
Kau dan aku punya nilai yang tersendiri

Setia sudah aku janjikan untuk kau
Terima kasih
Untuk segalanya

Semoga segala dugaan yang mendatang
Kau dan aku tempuhi dengan tenang.

Ikhlas-ferra

**SEKIAN**

SETAHUN SEKALI

Setahun sekali
Bulan yang dinanti-nantikan
Itu kewajipan untuk kita semua

Tak lama..
Hanya sebulan
Tak susah..
Hanya menahan segala nafsu (pelbagai)

Lengkapkan lah
Dengan segala amalan
Sempurnakan lah
Dengan segala perintah

Tahun ke-6
Aku merasai lagi bulan itu
Syukur ku panjatkan pada yang esa

Mungkin tak sempurna..
Namun aku belajar
Mungkin sama
Namun perbezaan terasa

Aku hanya insan yang tak sempurna
Mohon ampun dan maaf dari semua
Mungkin ada cacat dan cela yang aku ukirkan

Selamat menyambut bulan ramahdan..
Semoga ramahdan kali in penuh makna buat kita semua.

Ikhlas-ferra

**SEKIAN**

WAKTU KEDUA


Menanti waktu kedua
Rasa itu tidak sama seperti penantian yang lain
Aku mahu rasa itu untuk selamanya

Mampukah aku?
Meyimpan rasa yang indah itu
Kerana kadang2 aku juga terleka di pentas dunia

Aku juga manusia biasa
Aku juga penuh dengan cela
Namun aku percaya

Pintu itu tak pernah tertutup
Untuk aku dan untuk kalian juga
Mari kita belari,mengejar pintu itu

Pasti ada rasa yang lebih hakiki di sitiu
Percaya lah,kerana aku sedang merasa

Ikhlas-ferra

**SEKIAN**

TERSENTUH


Tersentuh hati
Tersentuh yang bukan kepalang
Sapa yang tahu rasa itu?

Hanya aku dan mungkin juga mereka

Cerita kau buatkan aku kenal manusia
Cerita kau buatkan aku ubah kesimpulkan itu
Cerita kau buatkan aku membuka pintu hati

Nah!! Betapa kau memberi aku satu semangat

Kau kuat!!
Kau hebat!!
Kau berpegangg pada prinsip tersendiri

Tabik hormat untuk kau
Walaupun aku tak kenal siapa kau
Namun aku ikuti cerita kau

Cerita yang meruntun jiwa
Cerita yang penuh sebak bila membaca
Cerita yang penuh keikhlasan disetiap kata-kata

Semoga kau tabah dengan segala dugaan yang menimpa
Hanya doa yang mampu aku dan mereka berikan.

Ikhlas-ferra

**SEKIAN**

"Tuhan itu baik,kawan2.
Dia penuh cinta
Dia pernah janji--minta-- dan aku bagi" -fynn jamal

Monday, July 9, 2012

INGATAN ITU MASIH ADA


Dia membisu seribu bahasa,namun di dalam hati bergelora bagaikan ombak sunami. Satu persatu langkah di aturkan,walaupun payah namun dia tak pernah mengenal erti jemu. Kau lihat la,betapa kuatnya semangat dia untuk menjadi yang terbaik.

Melalui beberapa episod hidup dengan pelbagai corak dan cerita,dia merasakan tanpa itu semua mungkin dia masih lagi menjadi manusia yang lemah. Senyum manis terukir buat manusia di sekelilingnya takala dia dirundung,satu demi satu awan derita.Mungkin juga awan itu bukan membawa derita,bahkan dengan awan kelabu sedemikian dia mampu cuci satu demi satu kenayangan silam. Walaupun ternyata dia rasa dia masih kotor,dengan celaka yang penuh cela.

Eh,bukan manusia kalau dia tidak pernah mengeluh memikirkan diri yang penuh dosa. Tipu la kalau dia tak pernah bersujud meratap menyesali perbuatan takala ujian mendatang. Semua pasti pernah tenggelam dengan keseronokan bahagia. Mengikut kata hati yang akhirnya,menipu diri dan berlalu pergi dengan ketawa.Saat bahagia bukan la mimpi di siang hari,cuma dia terleka dengan kenyataan. Bahagis itu hanya pinjaman,bahkan dunia ini juga satu pinjaman.Bila-bila masa saja boleh di tarik balik laksana pemiutang dan penghutang. Kalau sudah masa tiba,dia harus relakan segalanya. Ah,hilang bahagia!! Bukankah bahagia itu,juga satu ujian. Tidak semestinya derita saja.

Dalam memulakan perjalanan yang baru,dia menemui pelbagai rentak manusia lagi.Satu demi satu dia lihat cuba untuk mempersembahkan tarian megah ibarat merak mahu memikat pasangan,penuh sombong dan bongkak.Tetapi terlampau naif dengan apa sebenarnya yang di mahukan oleh pentas lakonan dunia. Mengepak penuh riak,tetapi hakikatnya segala tarian itu pincang dan tiada makna. Aneh,melihat manusia sekeliling masih bersorak buat segelintir manusia sebegitu.

Dia bangkit sendiri,dan terus berlalu meninggalkan segala noda yang dulu. Dia sudah pasti,apa yang dia mahukan dalam hidup ini. Cuma yang pasti dia tidak mahu kesakitan lagi.

**SEKIAN**

SAHABAT..KAWAN..TEMAN..


Sungguh kerinduan sama ini blog,niat hati ingin menjadi penulis blog yang tegar. Apakan daya masa dan keadaan amat tidak mengizinkan untuk setia pada blog ku yang satu.

Sahabat,teman,kawan semuanya mempunyai maksud yang sama. Namun tak semua yang boleh menjadi sahabat,teman mahupun kawan yang baik dan jujur. Zaman dah berubah,perwatakan manusia pun beransur berkembang mengikut pegerakkan zaman yang serba moden.

Alhamdulilah,aku bersyukur kerana di pertemukan dengan gadis itu. Yang bukan saja menjadi sahabat,teman dan juga kawan pada ku,malah dia pembuka jalan untuk aku terus berada di sisinya.

Mungkin kerana perjalanan hidup kami punyai cerita yang sama,maka kami mudah untuk memahami antara satu sama lain. Aku dapat rasakan keikhlasan gadis itu untuk membimbing aku. Sungguh terharu hati ini sehinggakan tiada kata yang mampu di ungkapkan.

Rasanya,cukup untuk aku berbicara sampai disini. Yang selebihnya biar aku dan dia sahaja yang tahu.

Thanks for everthing darl,(u know who u are).

**SEKIAN**

Tuesday, July 3, 2012

AIR MATA BERCERITA



Pelbagai susunan ayat yang berlegar di kotak pemikiran dia,namun tiada sedikit pun yang mampu di coretkan di laman itu. Mungkin dia kurang pasti dengan susunan ayat-ayat itu. Setelah beberapa hari dia mengunci buah fikirannya di kotak yang tiada siapa yang tahu. Hanya maha esa sahaja yang tahu segala jalan cerita di kotak pemikiran dia.

Dia pejamkan mata sekuat hati,dia gengam kan tangan dengan satu perasaan yang sukar untuk dia gambarkan dengan kata-kata. Nah,apa yang mampu dia lakukan selain menitiskan air mata. Kali ini dia tewas dengan gelombang ombak dalam perjalanan kehidupan dia.

Biarkan la dia menagis sekuat hati,mungkin itu cara dia untuk bercerita segala lara di hati. Kau peluk la dia sekuat hati dengan penuh keikhlasan,mungkin dia akan merasa lebih selamat dalam dakapan kau.

Kadang-kadang dia menitiskan air mata bukan kerana dia lemah,bukan kerana dia terlalu manja dan bukan juga kerana dia mengada-ngada. Mungkin itu cara dia bila dalam keadaan tertekan.

Terbayang wajah keluarga yang nun jauh di sana,terasa kerinduan makin membuak. Dia kaku di sudut itu,bersama rasa kerinduan bukan kepalang.Dia perlukan kekuatan untuk terus tabah mengharungi pancaroba kehidupan.
 
Sekarang tak sama seperti dulu,sekarang jauh berbeza dari dulu. Bila jatuh sebenarnya dia ada dua pilihan. Menerima segala tekanan dan putus harapan atau bangkit berdiri menerima cabaran.Semuanya dia yang tentukan!!

Rasa malang di dalam diri,bila tewas dengan dalam caturan hidup. Sakit bukan kepalang,tiada siapa yang tahu. Dibibir terukir senyuman,namun di hati berkecamuk membunuh diri.

Di saat ini mungkin dia perlukan kekutan dari kau. Kekuatan untuk terus melangkah bersama-sama. Kau rangkul la dia dengan sekuat yang mungkin,dan katakan padanya "everything will be ok".

**SEKIAN**

Saturday, June 30, 2012

WAKTU ITU SUDAH TIBA


Asalamulaikum sahabat.

Alhamdulilah atas nikmat yang allah berikan.  Dan kini aku berpenampilan baru.  Mungkin sudah sampai masanya aku berhijab dengan keikhlasan diri tanpa dipengaruhi oleh sapa-sapa mahupun keadaan. Semuanya atas kehendak diri yang mungkin semakin mengenal erti kewajipan.

Tujuan entry kali ini untuk berkongsi rasa,secara jujur aku nyatakan bahawa tak semua orang disekeliling aku senang dengan penampilan baru aku. Bermacam-macam sangkaan dan pertanyaan yang aku hadap setiap masa. Eh,mereka cuba untuk mencelakakan perasaan aku!! 

Bila aku cuba untuk berubah ke arah lebih baik,mereka katakan aku buang tabiat. Bila aku tunjuk perangai bangsat,mereka kata aku tiada pegangan. Bosan dan muak dengan lakonan mereka,sentiasa mencuba untuk menjahanamkan aku. Dan akan kembali baik bila mereka memerlukan pertolongan dari aku.

Susah senang,aku tanggung sendiri,begitu juga dosa aku bukan kalian yang tanggung. Bukan ke sepatutnya kalian memberi sokongan padu kepada seorang mualaf seperti aku? Atas sokongan seorang sahabat baik,kini aku lebih kental untuk terus  berdiri berpegang pada prinsip tersendiri. Mungkin aku belum cukup sempurna,namun aku tidak pernah putus asa untuk menjadi lebih sempurna.


“Lu orang jangan banyak cakap,Kasi kenal dulu sama gua,lepas tu lu orang nilai la sendiri. “ Mohon maaf pada yang terasa,bila baca entry ini. Siapa suruh lu orang makan cili kering banyak sangat,kan dah rasa pedasnya!! (padan muka)

Million thanks kepada family yang tak pernah mempertikaikan apa saja keputusan yang aku lakukan. Malah my famliy sentiasa ada dibelakang aku di saat susah senang aku,walaupun aku dan mereka ada perbezaan.Begitu juga pada si dia,yang banyak membantu dan memberi  sokongan sepanjang perkenalan kami. Tak lupa juga pada sahabat baik aku (u know who u are), kerana keyakinan yang kau kongsikan,aku semakin bersemangat .



Semoga setiap langkah ku sentiasa diberkati,Amin.
“Jika tiada cabaran dalam perjuangan,hilanglah juga kemanisan kejayaan.”
“Sabar itu indah”


                         
**SEKIAN**

Sunday, June 24, 2012

BANGSAT GELARAN UNTUK KAU


Sungguh bangsat perangai kau hari ini!! Kenapa kau mencelakan hari Monday aku? Betanya tanpa mengunakan akal,sama seperti terkencing dalam seluar. Kau baru saja berada di atas,sudah mula mahu berbangga dengan apa yang ada? Kau lupa ya? Semua itu hanya pinjaman sementara untuk kau!!
Aku benci dengan banjingan yang mengunakan kuasa untuk kepentingan diri sendiri. Kau masih baru bertapak,jangan sesekali tunjuk kebodohan kau. Aku marah bila kau kurang bijak mengaturkan bicara,kau ingat aku dan mereka kuli batak kau? Jangan layan kami sama seperti kau melayan mood Monday kau yang celaka!!
Kau ingat aku dan mereka tiada hati dan perasaan? Kau ingat hati kami seperti hati batu belah batu betangkup? Tolol bangat lo!! Aku malas mahu bangkitkan soal kulit,kerana aku bukan seorang yang ricist seperti kau.Mengikut teori aku,sesiapa saja yang dari angka 0 terus melonjak naik ke angka 100,pasti akan lupa diri. Keadaan ini bukan sekali dua aku nampak,tapi ini la reality lakonan manusia.

Terlampau awal kau mahu mencari masalah dengan aku dan mereka. Terlampau awal kau mahu rosakkan mood aku dan mereka. Terlampau awal kau mahu menjadi badut yang tak berbayar didepan aku dan mereka. Dan terlampau awal kau menghayati watak jahat kau untuk hari ini.

Kekurangan persediaan membuatkan kau dicelakakan hari ini. Jangan salah kan aku dan mereka,kerana kami sangat suka berkongsi rasa celaka dengan sesiapa saja. Lagi-lagi pada tolol seperti kau!!

**SEKIAN**

PERASAAN YANG TERLANJANG


Ah!!!...Sungguh lega rasa dijiwa dan lapang perasaan di dada. Inikah di maksudkan perasaan yang terlanjang? Perasaan yang sangat bebas dari segala beban. Bukan mudah untuk dia merasakan perasaan ini. Bukan mudah untuk dia terus berdiri dan berpegang teguh,setelah segala kesakitan yang di lalui.

Berikan la dia sedikit ruang untuk terus merasa perasaan yang terlanjang itu. Jangan di bebani lagi dia dengan kesakitan yang kau cipta. Kerana rasa celaka itu amat sukar untuk dia lupakan. Kitaran hidup masih perlu dia lalui,kerana setiap jalan cerita dia sudah tertulis sejak azali lagi.

Perasaan terlanjang juga tergolong dalam kepura-puraan sebab dia malas mahu bertelagah. Dia anguk dan tersenyum sebab dia malas  mahu banyak berbicara.Ulang benda yang sama,yang serupa boleh membuatkan rasa bosan.

Dia sudah berhenti untuk mengambil kira perasaan yang lain. Kerana dia tidak mahu dikatakan ingin mengawal semua benda. Sedangkan pada hakikatnya dia hanya mahukan hubungan itu berjaya.

Dan kini dia hanya perlu ingat bahawa dia lebih kuat,lebih bijak,lebih tabah dan lebih segalanya walaupun tak sempurna. Dia pernah melalui banyak benda dalam hidup,dia mungkin disakiti,dikhianati,dibenci dan dibohongi. Namun dia tetap boleh hidup bukan?

Sungguh terlanjang perasan itu!!

**SEKIAN**


 


Saturday, June 23, 2012

KAU PENIPU


Ketika dia menunggu hujung minggu berlalu,dia didatangi malapetaka yang tidak disangka.Izinkan dia  mengantikan panggilan "i and u" dengan "kau dan aku",kerana dia lebih selesa berbicara sebegitu di saat hati terluka. Empat tahun!! Empat tahun kau tipu dia kan? Dia benci kau dan dia juga benci pada sapa-sapa saja yang sekongkol dengan kau. Terasa kau mencelakakan dia,dan mereka juga memberi sialan. Bajingan kalian semua!!

"Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga". Walaupun dia tak nampak apa yang kau tipu,tapi Allah tak pernah buta.Dia tak mencari kesalahan kau,namun dia sentiasa berdoa,agar  ditunjukkan kebenaran suatu hari nanti. Alhamdulilah,akhirnya dia temui jua kebenaran tentang penipuan kau selama ini.

Kau lupa siapa dia? Kau lupa segala pengorbanan dia? Sungguh kejam kau memperlakukan dia sebegitu. Sedangkan dia taat dengan satu kepercayaan yang teramat tinggi nilainya terhadap perhubungan kau dan dia. Dan kini kepercayaan itu musnah begitu saja,semuanya kerana kelalaian kau terhadap alam maya.

Luka hati dia tanpa setitik pun darah mengalir dan luka di hati dia tiada sebarang jenis ubat yang boleh menyembuhkan luka itu. Dia sendiri tewas dengan kesakitan itu,dia kaku tanpa sebaris kata dibibir. Yang mampu dia rasakan hanya jantung yang berdenyut kencang seakan-akan memakan tuannya sendiri.

Dia hampir membenci kan diri kau,dia hampir kebumikan perasaan sayang dia terhadap kau. Kerana dia rasakan kewujudan kau satu pembohongan. Kata-kata yang kau nyatakan hanya satu penipuan. Janji yang kau taburkan hanya kecurangan dalam diam. Gerakkan dan bahasa tubuh kau hanya satu lakonan yang kau sendiri sebagai pengarah dalam cerita itu.

 
Betapa celakanya rasa yang dia rasakan disebabkan penipuan kau dalam perhubungan itu. Bagi dia tiada apa yang paling menyakitkan selain dari dibenci! Tiada apa yang paling menyakitkan selain dari dikhianati! Tiada apa yang menyakitkan selain dibohongi! Tiada apa yang menyakitkan selain dicurangi!

Jangan bunuh hati dia kerana alam maya. Jangan butakan mata hati dia kerana keeegoan kau. Jangan matikan nyawa dia kerana lakonan kau. Khuatir suatu hari nanti semuanya lenyap seprti tananh tinggi yang runtuh di bumi.


**SEKIAN**

Monday, June 18, 2012

CERITA KAMI

535332 347896201930739 1536024666 n CherrieC: Sherlyn

Ini cerita kami,mungkin dalam blog baru,ini kali pertama aku bercerita tentang kami. Mungkin juga blog ini akan menjadi sejarah kami di masa akan datang.

Usia perkenalan kami mencecah 4 tahun,dan kini kami telah melangkah ke fasa pertama untuk permulaan jalan cerita berdua. Bukan mudah untuk mempertahankan semua ini.

Sepanjang perkenalan kami tak pernah berbicara mahu pun berbincang tentang perkahwinan. Perhubungan kami sangat unik,kami hanya berpegang dengan satu kata "kalau ada jodoh,kita pasti akan bersatu". Mungkin kerana faktor usia yang masih muda remaja di saat itu,membuatkan kami bersahaja dalam perhubungan.

Pada tahun pertama dan kedua,aku masih cool. Aku langsung tidak memikirkan untuk melangkah dengan lebih jauh lagi. Yang aku tahu,aku mahukan kejayaan yang lebih cemerlang dalam hidup aku. Tanggungjawab yang dipikul membuatkan pegerakkan minda kurang untuk menunju ke alam perkahwinan.

Masa berlalu dengan pantas,tiba la di awal tahun ketiga perhubungan kami. Satu persatu sahabat dan teman-teman berubah status,daripada"CIK" kepada "PUAN". Aku mula seronok,aku mula teruja dan aku mula mahu merasa alam yang penuh keindahan itu.

Bermula la episod memberi hint kepada si dia,dengan harapan agar si dia mengerti kata-kata di alam fantasi. Masih aku ingat suatu masa itu :

Saya: Seronok tengok kawan-kawan sudah menjadi puan.Rasanya giliran saya bila ye?

Dia: Masa akan menentukan segalanya,bersabar la melalui masa-maa itu.

Saya: Sabar mungkin tak cukup,andai kata tanpa usaha.

Dia: Ada di situ!!

Kami lebih gemar berbicara secara ringkas,asalkan kedua-dua pihak memahami apa motif utama yang mahu di sampaikan. Aku mudah berbicara,aku mudah bersuara,aku mudah melenting,aku mudah melatah,dan aku seorang panas baran.

Dia seorang yang pendiam,dia berbicara ketika perlu,dia marah bila ada yang salah,dan dia seorang penyabar dalam segala hal. Jauh sungguh perbezaan kami. Namun kerana perbezaan itu kami melengkapi antara satu sama lain.

Kami juga tak lari dari gelora dalam perhubungan. Masa itu tak pernah aku lupakan. Perang terbesar untuk kali pertama dalam tahun kedua. Semuanya kerana one word "EGO"!!

Dia: Dimana silap semua ni?

Saya: Mungkin dalam diri sendiri!!

Dia: Kenapa tak mengenal erti mengalah?

Saya: Kerana kemenagan satu kepuasan.

Dia: Sampai bila?

Saya: Sampai ada jalan dihujung sana.

Dia: Aku bosan dengan EGO masing-masing!!

Saya: Aku lagi bosan dengan akal yang kurang bijak.

Perbualan yang terakhir tiada kata putus. Si dia mengambil langkah untuk senyap begitu saja. Jiwa memberontak takda siapa yang tahu. Hanya teman seperjuagan yang rapat dengan aku di saat itu berada di sisi aku. Tak pernah aku lupakan jasa kalian semua,terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan.

Kerana sayang yang masih kuat,aku dan si dia tidak la mengambil masa begitu lama untuk berbaik semula. Maisng-masing akui salah dan silap dan berjanji tiada siapa yang salah dalam keadaan ini.

Dia: Maaf!

Saya: Maaf juga!

Dia: Tiada yang bersalah,perbaiki diri masing-masing mungkin itu jalan yang terbaik.

Saya: insyallah,cubaan akan dilakukan. Sama-sama menuju kesempurnaan.

Permulaan yang baru membawa kejayaan dalam diri masing-masing. Dan kini aku bahagia dengan hilangnya keegoaan dalam perhubungan aku dan dia. Hari demi hari proses mengenal antara satu sama lain semakin kuat. Mohon usaha ini akan kekal sehingga ke syurga.

**SEKIAN**

Sunday, June 17, 2012

RASA

(sumber gambar)

Mendongak ke langit memandang awan biru yang dicemari kepulan asap. Aku merasakan diri ini kosong,aku hampir pergi meninggalkan semua yang dibina begitu sahaja. Kurang pasti di mana puncanya,namu aku tahu mungkin kerana tiada ruang berbicara.

Memang sukar untuk menghuraikan tentang hati dan perasan,semuanya memerlukan masa yang begitu lama mungkin. Andai kata aku dapat putarkan semula waktu itu,akan aku lalui jalan yang berbeza. Tak mungkin aku lalui kearah jalan ini. Kerana aku tahu seperti tiada jawapan di penghujung jalan.

Bermain dengan rasa seperti lalui hari-hari yang sangat celaka.

**SEKIAN**

Sunday, June 3, 2012

HANYA BAYANGAN



Mengapa kau tidak guna kan ruang itu sehabis baik? Mengapa kau sia-siakan ruang itu? Bukankah sejak dari perkenalan yang pertama kau tahu yang ruang amat sukar ditemui. Kau kurang bijak untuk bertindak,kau takut mati. Kau takut untuk hadapi segala kemungkinan yang terjadi. Tapi kau rela meneruskan permainan yang sudah kita tahu tinggi risikonya. 

Kini dia hanya memandang kau sebagai satu bayangan. Mungkin hati dia kini makin hari makin sepi,sedikit demi sedikit rasa yang dulu berhenti menguasai diri. Jangan salahkan dia,seandainya dia pergi begitu saja. Kerana dia sudah sedaya upaya berusaha untuk terus merasa kehadiran kau dalam hidup dia.

Kerana kisah semalam,dia lebih rela berdiam tanpa kata,walaupun jiwanya meronta-rontak untuk bersuara. Dia sanggup abaikan hati dan perasaannya untuk membuktikan dia baik-baik saja. Sedangkan hati meraung kesakitan,menahan rasa yang terpendam. Mungkin bagi kau itu hanya pekara biasa saja,kerana dia bukan siapa-siapa dalam hidup kau.

Mungkin suatu hari nanti dia akan biarkan saya bayangan itu lenyap dalam hidup harian dia. Dia perlukan kekuatan yang lebih untuk terus belari menjauhi bayangan itu.

**SEKIAN**

Friday, June 1, 2012

AKHIRNYA


Bila siang berganti malam,itu bermakna hari berganti musim. Dan mungkin dia terpaksa melepaskan sayang dan rindu begitu saja. Terbang melayang dibawa angin seperti layang-layang di awan nano. Sedikit keliru dalam hati,namu dia cuba untuk kentalkan diri. Terus mencuba berfikir secara waras seperti manusia yang sempurna. Walaupun pada hakikatnya,seribu lara membuka dalam jiwa.

Mungkin saja dia mahu meraung,tapi itu bukan cara yang terbaik untuk melepaskan seribu lara di dalam dada. Dia perlukan seseorang,mungkin teman yang bisa mendengar segala bebelan hati. Namun dia tahu,bukan mudah untuk mencari teman yang mengerti. Apatah lagi dalam keadaan ini,pasti dia akan menjadi point yang utama yang akan di salahkan.

Kini dia lebih gemar membawa diri,bersama hobi yang baru. Mungkin itu cara yang terbaik untuk melupakan lara di hati. Dia yakin dan sangat pasti,apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya. Kini dia mula gagah untuk kembali tersenyum seperti dulu,dia mahu padamkan saja rasa kasih dan sayang itu.

Sudah sampai masanya dia menghadapi kenyataan,bahawa semua itu bukan sesuatu yang kekal.

**SEKIAN**

Monday, May 28, 2012

BERIKAN PELUANG ITU


Lihat la ke dalam mata dia,mungkin benar dia perlukan peluang itu. Kau berikan saja peluang itu untuk sekali lagi. Mungkin kali ini dia hargai dengan lebih sempurna. Memang salah dia,kerana terleka di alam maya,sehinggakan alam nyata dia abaikan begitu saja. Dia akui segala perbuatan yang mungkin bagi kau kejam,kerana menyakiti hati kau.

Perasaan 6 tahun dulu kini dia rasakan kembali,namun mungkin keadaan berbeza. Menyebabkan dia hanya mampu menderaikan titisan-titisan air mata. Sesalan pasti ada di dalam hati dia,mungkin dia sedang memaki hamun diri sendiri,diatas kebodohan sendiri. Menghancurkan apa yang rasa kau,walaupun dia tahu kau mustahil untuk dia miliki.

Kini dia kembali,mungkin tidak sama seperti dulu lagi. Namun dia sabar menanti kerana dia yakin rasa itu tetap ada di sisi. Ingin saja dia merayu di kaki kau,tapi yang pasti itu tak mungkin terjadi. Dia masih sedar diri sendiri,kerana masih merasa tanah di bumi yang nyata.

 Dia mengerti apa yang kau ungkapkan,dia fahami satu persatu coretan yang kau karangkan. Kali ini dia bernekad untuk memastikan peluang itu hingga akhir hayat. Betapa pentingnya peluang itu untuk dia,mungkin itu salah satu untuk dia buktikan kasih sayangnya yang sejati.

**SEKIAN**

Saturday, May 26, 2012

BAHAGIA


Dia semakin merasa debaran itu,walaupun masih jauh nun di sana. Mungkin ini kerana impian menjadi kenyataan,di nikahi oleh lelaki itu. Ya,lelaki yang menjadi sebahagian dari hidup dia selama 4 tahun. Mungkin lelaki itu belum cukup sempurna,namun lelaki itu yang terbaik untuk dia.

Bukan rupa dan harta yang dia carikan,cukup hanya bahagia di janjikan dalam hidup yang akan mendatang. Dia percaya,lelaki itu dapat memberikan segala kebahagian sampai syurga. Memang dia rasakan bahagia di samping lelaki itu. Cuma adakalanya dia merasa kosong,mugkin kerana keadaan atau perjalanan harian dia sentiasa sama?

Sungguh banyak pengharapan yang dia inginkan dari lelaki itu,namun apa yang pasti dia hanya mahukan bahagia tanpa noktah dari lelaki itu. 


**SEKIAN**

AKU BENCI KAU


Dengan sekelip mata saja sesuatu keadaan boleh berubah menjadi seperti apa yang kita mahukan atau menjadi seperti apa yang kita tak inginkan. Sememangnya dunia ini tiada yang mustahil,melainkan takdir. Dulu aku sangat sayang kan kau,tapi kini kau la manusia yang paling aku benci. Perasaan benci itu timbul semuanya kerana sikap bangsat kau terhadap aku. Celaka sungguh kau di muka bumi ini.

Bila kau bersikap dingin terhadap aku,minda aku sukar untuk menidakkan kabar-kabar yang pernah aku dengar tentang kau. Mungkin benar kata mereka yang kau la raja bebicara manis. Mereka juga pernah menasihatkan aku agar berhati-hati dengan kau,disebabkan sayang aku memekak kan telinga dan terus mengikut kata hati. Dan kini aku hampir mati dengan kedinginan kau terhadap aku.

Kau menjadikan apa yang berlaku disekeliling kau sebagai alasan. Kau ingat aku bodoh,tak tau bezakan fakta atau auta? Habis manis sepah di buang,itu la yang aku nampak dalam diri kau. Minda aku ligat memikirkan kembali segala jalan cerita yang kau kongsi dengan aku selama ini. 

Mungkin benar kau la buaya yang lebih hebat dari bujang senang di batang lupar. Mungkin juga kini kau mendapat penganti yang baru. Aku sendiri kurang pasti,aku mangsa keberapa dalam kecurangan kau. Adakah mungkin di sebabkan kau tidak berjaya mendapatkan apa yang kau inginkan dari aku,menyebabkan kau berubah sebegitu?

Bila aku mula berbicara dengan hati terbuka,kau mula mencari jalan melalaikan aku. Kau memang sial,kerana kau merampas kebahagian aku selama ini. Dan kini aku di hantui dengan kegelisahan yang kau cipta untuk aku. 

Kau memang kejam,menjatuhkan aku dengan diam.

**SEKIAN**

BOSAN


Bila rutin sering berulang kali,perasaan bosan sudah pasti melanda diri. Dia keliru dengan diri sendiri,sama ada dia berteman atau keseorangan di dalam dunia ini. Dalam hati memang di miliki,namun kadang kala dia merasa tiada siapa yang peduli. Sakitkah perasaan itu? Dia sendiri kurang pasti,mungkin sudah lali dengan keadaan hari-hari sebegini.

Mungkin jiwa dia memberontak tiada siapa yang tahu,hanya pada coretan dia meluahkan segala kesakitan yang dia alami. Setiap hari dia menaruh harapan agar suatu hari nanti semuanya berubah seperti mimpi-mimpi indah di siang hari. Dia hanya mampu duduk termenung mengadap lappy yang boleh dikatakan menjadi peneman dia sepanjang hari. Ah,dimana kegembiraan dia yang dulu? Adakah kerana faktor usia dan keadaan merubah segala-galanya?

Dia memikirkan pelbagai cara untuk kmbali ceria,sehinggakan kebosanan melanda. Mungkin dia tak perlu meneruskan usaha menari,hanya lalui sisa-sisa masa yang sedia ada. Andai kata ceria kembali mungkin itu rezeki dia,dan andai kata ceria terus senyap tanpa kata. Mungkin itu sudah takdir dia yang perlu di terima dengan hati yang terbuka.
 
Sememangnya dia perlu mecari sesuatu yang pasti,sesuatu yang boleh hiburkan hatinya di kala sepi. Nah,kini dia temui di sini,mungkin di pandangan orang lain itu satu membosankan. Tapi bagi dia,itu satu kepuasan yang hakiki.


**SEKIAN**

PENAT


Rebah di sisi waktu mungkin kerana dia sudah penat mengejar dunia atau penat menjadi yang terbaik untuk sesuatu. Dan kini dia ingin kembali menjadi diri sendiri,melepaskan pergi segala yang di ingini.Sungguh dia kepenatan memainkan watak yang berbeza dari diri sendiri.Tersedar dia dari lena,lalu dia merasakan diri bodoh,bebal diatas kejahanam peristiwa lampau yang bernoda hitam.

Di pandangnya dari hujung mata,sebuah cermin yang bisa melihatkan keseluruh tubuh kerdilnya. Ya,dia yang kalah dengan dosa silam,setiap kali melihatkan kecelakaan yang diri sendiri pernah timbulkan. Bila di ingatkan kembali,dia rasa mahu bunuh sebahagian dari jiwa sendiri. Sudah dia katakan kerap kali pada diri sendiri akan kepenatan diri. Namun kadang kala iman yang kurang di dalam diri membuatkan hati tetap goyang dengan segala dugaan yang mendatang.

Dia lemah tapi dia tahu dia kuat. Hidup perlu seimbang seperti berat yang dia inginkan dalam diri. Mana boleh berat sebelah menjadikan langkah tak menentu? Itu yang membuatkan dia sedar bahawa kekuatan yang dia ada hari ini,adalah bayaran dari kelemahan dia suatu ketika dulu. Di saat dia jatuh,di saat dia punggut diri sendiri dari kejatuhan itu,dan dia buang segala kelemahan itu jauh dari kamus hidup dia.


Dia berlalu langsung tak ingin kembali lagi,hati tegar dengan keputusan dibuat untuk kali ini. Bila dia menjadi manusia terlampau baik,ada saja yang cuba melampau menguasai diri. Menung kelangit lalu bertanya,kehidupan apakah yang dia lalui sekrang? Adakah ini balasan dari kesilapan yang lepas,yang di panggil karma.


**SEKIAN**

PENANTIAN


Walaupun terasa lambat masa berlalu,namun dia tetap gagah menanti.Kerana dia pasti penantian itu akan berhasil satu hari nanti. Biar la dia merasa sepi kini,biar la dia merasa gelap kini. Asalkan di penghujung penantian dia penuh dengan sejuta makna.

Sabar itu indah,ini la kata-kata untuk menguatkan diri sendiri untuk terus gagah menanti. Sungguh tabah dia melalui liku-liku penantian dia. Kau lihat la sendiri,betapa dia setia menantikan kau. Ada kau tahu penyeksaan dia menantikan kau kembali disisi? Kau hanya tahu merangka sebuah karangan yang penuh dengan barisan-barisan kata yang manis rasanya. Tidakkah itu satu harapan bagi dia?

Kau kata mungkin kerana dia ikutkan hati dan dia terus menantikan kehadiran kau. Kau manusia yang kejam,langsung tak memikirkan hati dan perasaan dia. Di mana letaknya sifat kemanusian kau? Bukankah sepatutnya kau hargai dia di atas kesetian terhadap kau.Kau lebih tahu bukan mengapa aku mengatakan sedemikian.

Dia cuma manusia yang curahkan sayang pada yang satu. Dan bila yang satu hilang,dia ganti dengan buku. Tapi mana sama manusia dengan buku,walaupun hati dia beku. Dan adakah dia tak mampu bersuara? Atau saja menahan suara? Dan biarkan bibir digenangi air mata?

Bila ini berlaku dia hanya mampu rebahkan diri diranjang,dan mata terus berkelip menunggu hari siang. Apakah bahagia dulu akan datang kembali?


**SEKIAN**

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...