Sunday, June 24, 2012

PERASAAN YANG TERLANJANG


Ah!!!...Sungguh lega rasa dijiwa dan lapang perasaan di dada. Inikah di maksudkan perasaan yang terlanjang? Perasaan yang sangat bebas dari segala beban. Bukan mudah untuk dia merasakan perasaan ini. Bukan mudah untuk dia terus berdiri dan berpegang teguh,setelah segala kesakitan yang di lalui.

Berikan la dia sedikit ruang untuk terus merasa perasaan yang terlanjang itu. Jangan di bebani lagi dia dengan kesakitan yang kau cipta. Kerana rasa celaka itu amat sukar untuk dia lupakan. Kitaran hidup masih perlu dia lalui,kerana setiap jalan cerita dia sudah tertulis sejak azali lagi.

Perasaan terlanjang juga tergolong dalam kepura-puraan sebab dia malas mahu bertelagah. Dia anguk dan tersenyum sebab dia malas  mahu banyak berbicara.Ulang benda yang sama,yang serupa boleh membuatkan rasa bosan.

Dia sudah berhenti untuk mengambil kira perasaan yang lain. Kerana dia tidak mahu dikatakan ingin mengawal semua benda. Sedangkan pada hakikatnya dia hanya mahukan hubungan itu berjaya.

Dan kini dia hanya perlu ingat bahawa dia lebih kuat,lebih bijak,lebih tabah dan lebih segalanya walaupun tak sempurna. Dia pernah melalui banyak benda dalam hidup,dia mungkin disakiti,dikhianati,dibenci dan dibohongi. Namun dia tetap boleh hidup bukan?

Sungguh terlanjang perasan itu!!

**SEKIAN**


 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...