Sunday, June 3, 2012

HANYA BAYANGAN



Mengapa kau tidak guna kan ruang itu sehabis baik? Mengapa kau sia-siakan ruang itu? Bukankah sejak dari perkenalan yang pertama kau tahu yang ruang amat sukar ditemui. Kau kurang bijak untuk bertindak,kau takut mati. Kau takut untuk hadapi segala kemungkinan yang terjadi. Tapi kau rela meneruskan permainan yang sudah kita tahu tinggi risikonya. 

Kini dia hanya memandang kau sebagai satu bayangan. Mungkin hati dia kini makin hari makin sepi,sedikit demi sedikit rasa yang dulu berhenti menguasai diri. Jangan salahkan dia,seandainya dia pergi begitu saja. Kerana dia sudah sedaya upaya berusaha untuk terus merasa kehadiran kau dalam hidup dia.

Kerana kisah semalam,dia lebih rela berdiam tanpa kata,walaupun jiwanya meronta-rontak untuk bersuara. Dia sanggup abaikan hati dan perasaannya untuk membuktikan dia baik-baik saja. Sedangkan hati meraung kesakitan,menahan rasa yang terpendam. Mungkin bagi kau itu hanya pekara biasa saja,kerana dia bukan siapa-siapa dalam hidup kau.

Mungkin suatu hari nanti dia akan biarkan saya bayangan itu lenyap dalam hidup harian dia. Dia perlukan kekuatan yang lebih untuk terus belari menjauhi bayangan itu.

**SEKIAN**

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...