Monday, July 9, 2012

SAHABAT..KAWAN..TEMAN..


Sungguh kerinduan sama ini blog,niat hati ingin menjadi penulis blog yang tegar. Apakan daya masa dan keadaan amat tidak mengizinkan untuk setia pada blog ku yang satu.

Sahabat,teman,kawan semuanya mempunyai maksud yang sama. Namun tak semua yang boleh menjadi sahabat,teman mahupun kawan yang baik dan jujur. Zaman dah berubah,perwatakan manusia pun beransur berkembang mengikut pegerakkan zaman yang serba moden.

Alhamdulilah,aku bersyukur kerana di pertemukan dengan gadis itu. Yang bukan saja menjadi sahabat,teman dan juga kawan pada ku,malah dia pembuka jalan untuk aku terus berada di sisinya.

Mungkin kerana perjalanan hidup kami punyai cerita yang sama,maka kami mudah untuk memahami antara satu sama lain. Aku dapat rasakan keikhlasan gadis itu untuk membimbing aku. Sungguh terharu hati ini sehinggakan tiada kata yang mampu di ungkapkan.

Rasanya,cukup untuk aku berbicara sampai disini. Yang selebihnya biar aku dan dia sahaja yang tahu.

Thanks for everthing darl,(u know who u are).

**SEKIAN**

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...