Friday, July 20, 2012

BANGUN


 (sumber gambar)

Aku bangun..
Dengan satu matlamat "sahur"
Aku berniat
Dengan satu kewajipan "puasa"

Hari ini..
Cekalkan la hati
Hari ini..
Kuatkan la iman

Bermula episod mengenal diri
Mengukur segala di dalam diri
Tiada syaitan di sisi
Itu la diri sebenar kita di duniawi

Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat.

Ikhlas-ferra

**SEKIAN**

TENANG



Tenang..
Mungkin itu yang aku cari
Tersenyum..
Mungkin itu yang terbaik

Syukur..
Dengan setiap pinjaman duniawi
Menjaga..
Itu sudah pasti ku janji

Kini aku mula berdiri
Di atas garis suci
Kini aku tak sendiri
Syurga ku sentiasa di sisi

Akhirnya aku temui
Apa erti hidup yang hakiki
Sujud syukur tak pernag terhenti

Semoga kali ini
Aku lebih berani
Mencari erti yang pasti

Ikhlas-ferra

**SEKIAN**

JIWA


Jiwa puitis itu aku
Jiwa yang sebati dalam diri aku
Jiwa yang lantang untuk aku suarakan

Di mana salahnya?
Di mana jeliknya?
Di mana kurangnya?

Manusia mudah mendengki
Manusia mudah membenci
Manusia mudah mencaci

Rasa itu kita semua penah rasa
Tapi sampai bila?
Pasti tiada kemajuan disitu

Jangan di dengki jiwa aku
Jangan di benci jiwa aku
Jangan di caci jiwa aku

Kerana aku sudah menuju kejayaan
Kau dimana?
Masih di zone yang sama bukan?

Renung-renungkan la..

Ikhlas-ferra

**SEKIAN**

KITA BERBEZA


Kita Berbeza
Kita tak sama
Kita punya kelainan

Namun Kita percaya pada yang satu
Namun kita punya matlamat yang satu
Namun kita menuju jalan yang satu

Berbeza?
Tak sama?
Kelainan?

Semuanya kita lalui berdua
Kerana kita saling memerlukan
Kau dan aku punya nilai yang tersendiri

Setia sudah aku janjikan untuk kau
Terima kasih
Untuk segalanya

Semoga segala dugaan yang mendatang
Kau dan aku tempuhi dengan tenang.

Ikhlas-ferra

**SEKIAN**

SETAHUN SEKALI

Setahun sekali
Bulan yang dinanti-nantikan
Itu kewajipan untuk kita semua

Tak lama..
Hanya sebulan
Tak susah..
Hanya menahan segala nafsu (pelbagai)

Lengkapkan lah
Dengan segala amalan
Sempurnakan lah
Dengan segala perintah

Tahun ke-6
Aku merasai lagi bulan itu
Syukur ku panjatkan pada yang esa

Mungkin tak sempurna..
Namun aku belajar
Mungkin sama
Namun perbezaan terasa

Aku hanya insan yang tak sempurna
Mohon ampun dan maaf dari semua
Mungkin ada cacat dan cela yang aku ukirkan

Selamat menyambut bulan ramahdan..
Semoga ramahdan kali in penuh makna buat kita semua.

Ikhlas-ferra

**SEKIAN**

WAKTU KEDUA


Menanti waktu kedua
Rasa itu tidak sama seperti penantian yang lain
Aku mahu rasa itu untuk selamanya

Mampukah aku?
Meyimpan rasa yang indah itu
Kerana kadang2 aku juga terleka di pentas dunia

Aku juga manusia biasa
Aku juga penuh dengan cela
Namun aku percaya

Pintu itu tak pernah tertutup
Untuk aku dan untuk kalian juga
Mari kita belari,mengejar pintu itu

Pasti ada rasa yang lebih hakiki di sitiu
Percaya lah,kerana aku sedang merasa

Ikhlas-ferra

**SEKIAN**

TERSENTUH


Tersentuh hati
Tersentuh yang bukan kepalang
Sapa yang tahu rasa itu?

Hanya aku dan mungkin juga mereka

Cerita kau buatkan aku kenal manusia
Cerita kau buatkan aku ubah kesimpulkan itu
Cerita kau buatkan aku membuka pintu hati

Nah!! Betapa kau memberi aku satu semangat

Kau kuat!!
Kau hebat!!
Kau berpegangg pada prinsip tersendiri

Tabik hormat untuk kau
Walaupun aku tak kenal siapa kau
Namun aku ikuti cerita kau

Cerita yang meruntun jiwa
Cerita yang penuh sebak bila membaca
Cerita yang penuh keikhlasan disetiap kata-kata

Semoga kau tabah dengan segala dugaan yang menimpa
Hanya doa yang mampu aku dan mereka berikan.

Ikhlas-ferra

**SEKIAN**

"Tuhan itu baik,kawan2.
Dia penuh cinta
Dia pernah janji--minta-- dan aku bagi" -fynn jamal

Monday, July 9, 2012

INGATAN ITU MASIH ADA


Dia membisu seribu bahasa,namun di dalam hati bergelora bagaikan ombak sunami. Satu persatu langkah di aturkan,walaupun payah namun dia tak pernah mengenal erti jemu. Kau lihat la,betapa kuatnya semangat dia untuk menjadi yang terbaik.

Melalui beberapa episod hidup dengan pelbagai corak dan cerita,dia merasakan tanpa itu semua mungkin dia masih lagi menjadi manusia yang lemah. Senyum manis terukir buat manusia di sekelilingnya takala dia dirundung,satu demi satu awan derita.Mungkin juga awan itu bukan membawa derita,bahkan dengan awan kelabu sedemikian dia mampu cuci satu demi satu kenayangan silam. Walaupun ternyata dia rasa dia masih kotor,dengan celaka yang penuh cela.

Eh,bukan manusia kalau dia tidak pernah mengeluh memikirkan diri yang penuh dosa. Tipu la kalau dia tak pernah bersujud meratap menyesali perbuatan takala ujian mendatang. Semua pasti pernah tenggelam dengan keseronokan bahagia. Mengikut kata hati yang akhirnya,menipu diri dan berlalu pergi dengan ketawa.Saat bahagia bukan la mimpi di siang hari,cuma dia terleka dengan kenyataan. Bahagis itu hanya pinjaman,bahkan dunia ini juga satu pinjaman.Bila-bila masa saja boleh di tarik balik laksana pemiutang dan penghutang. Kalau sudah masa tiba,dia harus relakan segalanya. Ah,hilang bahagia!! Bukankah bahagia itu,juga satu ujian. Tidak semestinya derita saja.

Dalam memulakan perjalanan yang baru,dia menemui pelbagai rentak manusia lagi.Satu demi satu dia lihat cuba untuk mempersembahkan tarian megah ibarat merak mahu memikat pasangan,penuh sombong dan bongkak.Tetapi terlampau naif dengan apa sebenarnya yang di mahukan oleh pentas lakonan dunia. Mengepak penuh riak,tetapi hakikatnya segala tarian itu pincang dan tiada makna. Aneh,melihat manusia sekeliling masih bersorak buat segelintir manusia sebegitu.

Dia bangkit sendiri,dan terus berlalu meninggalkan segala noda yang dulu. Dia sudah pasti,apa yang dia mahukan dalam hidup ini. Cuma yang pasti dia tidak mahu kesakitan lagi.

**SEKIAN**

SAHABAT..KAWAN..TEMAN..


Sungguh kerinduan sama ini blog,niat hati ingin menjadi penulis blog yang tegar. Apakan daya masa dan keadaan amat tidak mengizinkan untuk setia pada blog ku yang satu.

Sahabat,teman,kawan semuanya mempunyai maksud yang sama. Namun tak semua yang boleh menjadi sahabat,teman mahupun kawan yang baik dan jujur. Zaman dah berubah,perwatakan manusia pun beransur berkembang mengikut pegerakkan zaman yang serba moden.

Alhamdulilah,aku bersyukur kerana di pertemukan dengan gadis itu. Yang bukan saja menjadi sahabat,teman dan juga kawan pada ku,malah dia pembuka jalan untuk aku terus berada di sisinya.

Mungkin kerana perjalanan hidup kami punyai cerita yang sama,maka kami mudah untuk memahami antara satu sama lain. Aku dapat rasakan keikhlasan gadis itu untuk membimbing aku. Sungguh terharu hati ini sehinggakan tiada kata yang mampu di ungkapkan.

Rasanya,cukup untuk aku berbicara sampai disini. Yang selebihnya biar aku dan dia sahaja yang tahu.

Thanks for everthing darl,(u know who u are).

**SEKIAN**

Tuesday, July 3, 2012

AIR MATA BERCERITA



Pelbagai susunan ayat yang berlegar di kotak pemikiran dia,namun tiada sedikit pun yang mampu di coretkan di laman itu. Mungkin dia kurang pasti dengan susunan ayat-ayat itu. Setelah beberapa hari dia mengunci buah fikirannya di kotak yang tiada siapa yang tahu. Hanya maha esa sahaja yang tahu segala jalan cerita di kotak pemikiran dia.

Dia pejamkan mata sekuat hati,dia gengam kan tangan dengan satu perasaan yang sukar untuk dia gambarkan dengan kata-kata. Nah,apa yang mampu dia lakukan selain menitiskan air mata. Kali ini dia tewas dengan gelombang ombak dalam perjalanan kehidupan dia.

Biarkan la dia menagis sekuat hati,mungkin itu cara dia untuk bercerita segala lara di hati. Kau peluk la dia sekuat hati dengan penuh keikhlasan,mungkin dia akan merasa lebih selamat dalam dakapan kau.

Kadang-kadang dia menitiskan air mata bukan kerana dia lemah,bukan kerana dia terlalu manja dan bukan juga kerana dia mengada-ngada. Mungkin itu cara dia bila dalam keadaan tertekan.

Terbayang wajah keluarga yang nun jauh di sana,terasa kerinduan makin membuak. Dia kaku di sudut itu,bersama rasa kerinduan bukan kepalang.Dia perlukan kekuatan untuk terus tabah mengharungi pancaroba kehidupan.
 
Sekarang tak sama seperti dulu,sekarang jauh berbeza dari dulu. Bila jatuh sebenarnya dia ada dua pilihan. Menerima segala tekanan dan putus harapan atau bangkit berdiri menerima cabaran.Semuanya dia yang tentukan!!

Rasa malang di dalam diri,bila tewas dengan dalam caturan hidup. Sakit bukan kepalang,tiada siapa yang tahu. Dibibir terukir senyuman,namun di hati berkecamuk membunuh diri.

Di saat ini mungkin dia perlukan kekutan dari kau. Kekuatan untuk terus melangkah bersama-sama. Kau rangkul la dia dengan sekuat yang mungkin,dan katakan padanya "everything will be ok".

**SEKIAN**

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...