Pelbagai susunan ayat yang berlegar di kotak pemikiran dia,namun tiada sedikit pun yang mampu di coretkan di laman itu. Mungkin dia kurang pasti dengan susunan ayat-ayat itu. Setelah beberapa hari dia mengunci buah fikirannya di kotak yang tiada siapa yang tahu. Hanya maha esa sahaja yang tahu segala jalan cerita di kotak pemikiran dia.
Dia pejamkan mata sekuat hati,dia gengam kan tangan dengan satu perasaan yang sukar untuk dia gambarkan dengan kata-kata. Nah,apa yang mampu dia lakukan selain menitiskan air mata. Kali ini dia tewas dengan gelombang ombak dalam perjalanan kehidupan dia.
Biarkan la dia menagis sekuat hati,mungkin itu cara dia untuk bercerita segala lara di hati. Kau peluk la dia sekuat hati dengan penuh keikhlasan,mungkin dia akan merasa lebih selamat dalam dakapan kau.
Kadang-kadang dia menitiskan air mata bukan kerana dia lemah,bukan kerana dia terlalu manja dan bukan juga kerana dia mengada-ngada. Mungkin itu cara dia bila dalam keadaan tertekan.
Terbayang wajah keluarga yang nun jauh di sana,terasa kerinduan makin membuak. Dia kaku di sudut itu,bersama rasa kerinduan bukan kepalang.Dia perlukan kekuatan untuk terus tabah mengharungi pancaroba kehidupan.
Sekarang tak sama seperti dulu,sekarang jauh berbeza dari dulu. Bila jatuh sebenarnya dia ada dua pilihan. Menerima segala tekanan dan putus harapan atau bangkit berdiri menerima cabaran.Semuanya dia yang tentukan!!
Rasa malang di dalam diri,bila tewas dengan dalam caturan hidup. Sakit bukan kepalang,tiada siapa yang tahu. Dibibir terukir senyuman,namun di hati berkecamuk membunuh diri.
Di saat ini mungkin dia perlukan kekutan dari kau. Kekuatan untuk terus melangkah bersama-sama. Kau rangkul la dia dengan sekuat yang mungkin,dan katakan padanya "everything will be ok".
**SEKIAN**
No comments:
Post a Comment