Monday, May 28, 2012

BERIKAN PELUANG ITU


Lihat la ke dalam mata dia,mungkin benar dia perlukan peluang itu. Kau berikan saja peluang itu untuk sekali lagi. Mungkin kali ini dia hargai dengan lebih sempurna. Memang salah dia,kerana terleka di alam maya,sehinggakan alam nyata dia abaikan begitu saja. Dia akui segala perbuatan yang mungkin bagi kau kejam,kerana menyakiti hati kau.

Perasaan 6 tahun dulu kini dia rasakan kembali,namun mungkin keadaan berbeza. Menyebabkan dia hanya mampu menderaikan titisan-titisan air mata. Sesalan pasti ada di dalam hati dia,mungkin dia sedang memaki hamun diri sendiri,diatas kebodohan sendiri. Menghancurkan apa yang rasa kau,walaupun dia tahu kau mustahil untuk dia miliki.

Kini dia kembali,mungkin tidak sama seperti dulu lagi. Namun dia sabar menanti kerana dia yakin rasa itu tetap ada di sisi. Ingin saja dia merayu di kaki kau,tapi yang pasti itu tak mungkin terjadi. Dia masih sedar diri sendiri,kerana masih merasa tanah di bumi yang nyata.

 Dia mengerti apa yang kau ungkapkan,dia fahami satu persatu coretan yang kau karangkan. Kali ini dia bernekad untuk memastikan peluang itu hingga akhir hayat. Betapa pentingnya peluang itu untuk dia,mungkin itu salah satu untuk dia buktikan kasih sayangnya yang sejati.

**SEKIAN**

Saturday, May 26, 2012

BAHAGIA


Dia semakin merasa debaran itu,walaupun masih jauh nun di sana. Mungkin ini kerana impian menjadi kenyataan,di nikahi oleh lelaki itu. Ya,lelaki yang menjadi sebahagian dari hidup dia selama 4 tahun. Mungkin lelaki itu belum cukup sempurna,namun lelaki itu yang terbaik untuk dia.

Bukan rupa dan harta yang dia carikan,cukup hanya bahagia di janjikan dalam hidup yang akan mendatang. Dia percaya,lelaki itu dapat memberikan segala kebahagian sampai syurga. Memang dia rasakan bahagia di samping lelaki itu. Cuma adakalanya dia merasa kosong,mugkin kerana keadaan atau perjalanan harian dia sentiasa sama?

Sungguh banyak pengharapan yang dia inginkan dari lelaki itu,namun apa yang pasti dia hanya mahukan bahagia tanpa noktah dari lelaki itu. 


**SEKIAN**

AKU BENCI KAU


Dengan sekelip mata saja sesuatu keadaan boleh berubah menjadi seperti apa yang kita mahukan atau menjadi seperti apa yang kita tak inginkan. Sememangnya dunia ini tiada yang mustahil,melainkan takdir. Dulu aku sangat sayang kan kau,tapi kini kau la manusia yang paling aku benci. Perasaan benci itu timbul semuanya kerana sikap bangsat kau terhadap aku. Celaka sungguh kau di muka bumi ini.

Bila kau bersikap dingin terhadap aku,minda aku sukar untuk menidakkan kabar-kabar yang pernah aku dengar tentang kau. Mungkin benar kata mereka yang kau la raja bebicara manis. Mereka juga pernah menasihatkan aku agar berhati-hati dengan kau,disebabkan sayang aku memekak kan telinga dan terus mengikut kata hati. Dan kini aku hampir mati dengan kedinginan kau terhadap aku.

Kau menjadikan apa yang berlaku disekeliling kau sebagai alasan. Kau ingat aku bodoh,tak tau bezakan fakta atau auta? Habis manis sepah di buang,itu la yang aku nampak dalam diri kau. Minda aku ligat memikirkan kembali segala jalan cerita yang kau kongsi dengan aku selama ini. 

Mungkin benar kau la buaya yang lebih hebat dari bujang senang di batang lupar. Mungkin juga kini kau mendapat penganti yang baru. Aku sendiri kurang pasti,aku mangsa keberapa dalam kecurangan kau. Adakah mungkin di sebabkan kau tidak berjaya mendapatkan apa yang kau inginkan dari aku,menyebabkan kau berubah sebegitu?

Bila aku mula berbicara dengan hati terbuka,kau mula mencari jalan melalaikan aku. Kau memang sial,kerana kau merampas kebahagian aku selama ini. Dan kini aku di hantui dengan kegelisahan yang kau cipta untuk aku. 

Kau memang kejam,menjatuhkan aku dengan diam.

**SEKIAN**

BOSAN


Bila rutin sering berulang kali,perasaan bosan sudah pasti melanda diri. Dia keliru dengan diri sendiri,sama ada dia berteman atau keseorangan di dalam dunia ini. Dalam hati memang di miliki,namun kadang kala dia merasa tiada siapa yang peduli. Sakitkah perasaan itu? Dia sendiri kurang pasti,mungkin sudah lali dengan keadaan hari-hari sebegini.

Mungkin jiwa dia memberontak tiada siapa yang tahu,hanya pada coretan dia meluahkan segala kesakitan yang dia alami. Setiap hari dia menaruh harapan agar suatu hari nanti semuanya berubah seperti mimpi-mimpi indah di siang hari. Dia hanya mampu duduk termenung mengadap lappy yang boleh dikatakan menjadi peneman dia sepanjang hari. Ah,dimana kegembiraan dia yang dulu? Adakah kerana faktor usia dan keadaan merubah segala-galanya?

Dia memikirkan pelbagai cara untuk kmbali ceria,sehinggakan kebosanan melanda. Mungkin dia tak perlu meneruskan usaha menari,hanya lalui sisa-sisa masa yang sedia ada. Andai kata ceria kembali mungkin itu rezeki dia,dan andai kata ceria terus senyap tanpa kata. Mungkin itu sudah takdir dia yang perlu di terima dengan hati yang terbuka.
 
Sememangnya dia perlu mecari sesuatu yang pasti,sesuatu yang boleh hiburkan hatinya di kala sepi. Nah,kini dia temui di sini,mungkin di pandangan orang lain itu satu membosankan. Tapi bagi dia,itu satu kepuasan yang hakiki.


**SEKIAN**

PENAT


Rebah di sisi waktu mungkin kerana dia sudah penat mengejar dunia atau penat menjadi yang terbaik untuk sesuatu. Dan kini dia ingin kembali menjadi diri sendiri,melepaskan pergi segala yang di ingini.Sungguh dia kepenatan memainkan watak yang berbeza dari diri sendiri.Tersedar dia dari lena,lalu dia merasakan diri bodoh,bebal diatas kejahanam peristiwa lampau yang bernoda hitam.

Di pandangnya dari hujung mata,sebuah cermin yang bisa melihatkan keseluruh tubuh kerdilnya. Ya,dia yang kalah dengan dosa silam,setiap kali melihatkan kecelakaan yang diri sendiri pernah timbulkan. Bila di ingatkan kembali,dia rasa mahu bunuh sebahagian dari jiwa sendiri. Sudah dia katakan kerap kali pada diri sendiri akan kepenatan diri. Namun kadang kala iman yang kurang di dalam diri membuatkan hati tetap goyang dengan segala dugaan yang mendatang.

Dia lemah tapi dia tahu dia kuat. Hidup perlu seimbang seperti berat yang dia inginkan dalam diri. Mana boleh berat sebelah menjadikan langkah tak menentu? Itu yang membuatkan dia sedar bahawa kekuatan yang dia ada hari ini,adalah bayaran dari kelemahan dia suatu ketika dulu. Di saat dia jatuh,di saat dia punggut diri sendiri dari kejatuhan itu,dan dia buang segala kelemahan itu jauh dari kamus hidup dia.


Dia berlalu langsung tak ingin kembali lagi,hati tegar dengan keputusan dibuat untuk kali ini. Bila dia menjadi manusia terlampau baik,ada saja yang cuba melampau menguasai diri. Menung kelangit lalu bertanya,kehidupan apakah yang dia lalui sekrang? Adakah ini balasan dari kesilapan yang lepas,yang di panggil karma.


**SEKIAN**

PENANTIAN


Walaupun terasa lambat masa berlalu,namun dia tetap gagah menanti.Kerana dia pasti penantian itu akan berhasil satu hari nanti. Biar la dia merasa sepi kini,biar la dia merasa gelap kini. Asalkan di penghujung penantian dia penuh dengan sejuta makna.

Sabar itu indah,ini la kata-kata untuk menguatkan diri sendiri untuk terus gagah menanti. Sungguh tabah dia melalui liku-liku penantian dia. Kau lihat la sendiri,betapa dia setia menantikan kau. Ada kau tahu penyeksaan dia menantikan kau kembali disisi? Kau hanya tahu merangka sebuah karangan yang penuh dengan barisan-barisan kata yang manis rasanya. Tidakkah itu satu harapan bagi dia?

Kau kata mungkin kerana dia ikutkan hati dan dia terus menantikan kehadiran kau. Kau manusia yang kejam,langsung tak memikirkan hati dan perasaan dia. Di mana letaknya sifat kemanusian kau? Bukankah sepatutnya kau hargai dia di atas kesetian terhadap kau.Kau lebih tahu bukan mengapa aku mengatakan sedemikian.

Dia cuma manusia yang curahkan sayang pada yang satu. Dan bila yang satu hilang,dia ganti dengan buku. Tapi mana sama manusia dengan buku,walaupun hati dia beku. Dan adakah dia tak mampu bersuara? Atau saja menahan suara? Dan biarkan bibir digenangi air mata?

Bila ini berlaku dia hanya mampu rebahkan diri diranjang,dan mata terus berkelip menunggu hari siang. Apakah bahagia dulu akan datang kembali?


**SEKIAN**

Friday, May 25, 2012

SIMPANAN


Sukar untuk membayangkan cerita sebenar,kerana bukan aku yang berada ditempat kau. Diam membisu sambil tunduk memandang lantai yang tiada warnanya. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Seumpaman itu sememangnya kena dengan keadaan sekarang,aku tak mampu membuat kesimpulan dari cerita itu. Sedih,hampa,terkilan,marah semuanya menjadi satu,Pelbagai persoalan yang ingin aku tanyakan,namun mungkin hari ini bukan masa yang sesuai.

Aku biarkan sahaja kau membuat luahan perasaan. Walaupun ada yang terluah itu tiada dalam kamus hidup aku,namun aku cuba untuk memahami keadaan itu.Sanggup nya kau dijadikan sebagai perempuan simpanan. Bahagiakah kau berkongsi kasih dan sayang dengan pemilik yang sah? Bukankah itu satu perbuatan yang sangat kejam. Menyentuh hak orang lain tanpa keizinan pemilik.

 Aku risau sekiranya kau dijadikan tempat pemuas nafsu. Aku marah kerana kau usik hak orang lain. Aku terkilan kerana kau telah banyak berubah,kau sangat berbeza dari dulu. Bukankah seharusnya kau fikirkan keluarga dan orang disekeliling,sebelum kau mencelakankan diri. Jangna kau merasa malu bila kau dah terlambat,kerana malu itu akan menjadi malang yang bukan kepalang.

 Aku sakit bukan kerana cerita kau,tapi sakit membayangkan hati dan perasaan wanita yang kau berkongsi kasih itu.


**SEKIAN** 

RINDU YANG CELAKA


Kau tahu aku rindu,tapi mengapa kau mencelakkan lagi perasaan rindu itu? Kau hanya pandai berkata-kata
tapi kau sukar untuk melakukannya. Mungkin aku faham kenapa dan mengapa,tapi kau tidak faham kesakitan yang aku tanggung disebabkan merindui kau. Sialan aku rasakan,kau kini menjadi banjigan tanpa diundang dalam hidup aku.

Mungkin aku masih buta hati walaupun mata aku mampu melihat. Aku masih dalam zone celaka kerana merindu bajingan seperti kau. Cara dan gaya kau yang berubah menyebabkan aku mula membenci kau seribu tanpa kata. Kau memang hebat,kerana berjaya memusnahkan perasaan aku. Walaupun aku terasa sakit yang teramat,namun aku masih bersyukur kerana aku kini mula sedar bahawa kau bukan insan yang layak untuk di sayangi.

Aku pergi jauh dan berharap akan berhenti merindu kau. Aku benci dengan perasaan yang amat terasa celaka ini.

**SEKIAN**
 

PERGI


Bukan senang untuk kita menghadapi sesuatu pemergian. Apatah lagi bila yang pergi itu orang yang kita kasih dan sayang. Dan agak sukar untuk kita gambarkan perasaan saat menghadapi pemergian itu. Apa yang kita mampu lakukan masa itu mungkin mengalirkan air mata. Yang sememangnya kita sudah pasti itu bukan penawar yang sebenar untuk kesakitan itu. Tapi sekurang-kurangnya kita bercerita dengan air mata,kerana kita tak mampu untuk berkata-kata.

Pergi berlalu dikala nyawa masih bersatu dengan jasad,mungkin meninggalkan kesan yang amat mendalam. Kerana kadang-kadang kita terlampau ego untuk menghadapi realiti dan kenyataan.Bukan kita tidak mencuba untuk menghadapi tapi kenangan yang terindah sentiasa menghantui diri. Bukankah hidup kita ini dipenuhi dengan bayang-bayang?

Pergi untuk selama-lamanya dikala nyawa dan jasad terpisah,lebih mudah untuk kita terima,kerana saat itu kita lebih menghampirkan diri dengan yang maha esa. Walaupun sedih,namun kita tetap masih ada kekuatan untuk gagah berdiri. Kerana kita percaya mungkin itu sudah tertulis untuk kepemergian itu. Sudah pasti kita harus menerima dengan hati yang redha.

Apa yang mendatang pasti akan berakhir dengan pemergian. Itu lumrah kehidupan yang hakiki yang harus kita sedari. Kesimpulan yang pasti tiada yang kekal dibumi ini. Terima la setiap pemergian itu sebagai satu proses mendewasakan kita dalam menempuhi kehidupan yang mendatang. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang pasti sebagai penganti.

Kerana pemergian aku semakin tabah menjalani kehidupan yang indah.

**SEKIAN**

Thursday, May 24, 2012

PERTAMA


Mungkin kali ini aku menulis dengan watak yang berbeza. Aku tinggalkan watak pertama aku,kini aku lebih bahagia dengan watak kedua. Tapi bukan bermaksud aku berubah,aku masih yang pertama disisi keluarga,teman dan juga si dia.

Dan ini entry kali pertama dalam blog yang kedua,aku senyapkan blog pertama mungkin atas sebab-sebab tertentu. Blog kedua aku biar la aku berbicara secara terbuka,diharapkan tiada antara anda yang terasa. Aku semakin dewasa,cara dan gaya pemikiran aku semakin berbeza. Biar la aku dengan dunia tersendiri,memainkan watak kedua sebagai penganti diri.

Kali ini konsep blog aku berbeza,biar la watak kedua yang berbicara setiap kali entry di persembahkan. Mungkin aku kurangkan berbicara soal peribadi,aku kini lebih selesa membebel secara bersahaja. Mungkin aku tak sehebat blogger yang sedia ada,namun aku yakin pasti ada istimewanya di sini. Niat di hati ingin menjadi blogger tegar,seperti mereka di luar sana.

Andai kata terkasar bahasa dan terlebih bahasa,mohon maaf di pinta terlebih dahulu.Sebab kali ini entry mungkin akan menjadi extra hot. Yang baik sama-sama kita contohi,yang tak baik kita tolak ketepi. Sebab aku hanya manusia biasa yang tak pernah lari dari salah dan silap.


**SEKIAN**

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...