Sunday, October 21, 2012

PENAT


Keluhan yang sama
Mungkin bukan hari ini
Mungkin juga bukan esok
Tapi pasti ada kita mengeluh PENAT

Kadang-kadang penat itu indah
Kadang-kadang penat itu pemusnah
 Apa yang kau rasa
Mereka pun rasa

Bukan kau sorang
Bukan segelintir
Tapi semua
Yang kenal apa itu PENAT

Mengeluh la
Kalau itu boleh buat kau rasa tenang
Bercerita la
Kalau itu pengubat rasa yang lara


Ikhlas-ferra

**SEKIAN**



Wednesday, October 17, 2012

PERASAAN YANG MEMBUNUH

 (sumber gambar)

Dulu kau kata 'Aku akan jadi sahabat kau sampai bila-bila'
Dulu kau kata 'Aku akan sentiasa ada masa untuk kau'
Dulu kau kata 'Tiada rahsia di antara kita'
Itu semua yang pernah kau kata kat aku dulu.

Sekarang kau kata 'Aku saiko'
Sekarang kau kata 'Aku busy'
Sekarang kau kata 'Tak semua cerita yang kita boleh kongsi bersama'
Kau nampak perbezaan di situ?

Dari mula aku ingatkan kau
'Kau jangan simpan apa-apa perasan kat aku,sekali kau dah rasa perasaan itu.
Pasti persahabatan kita akan hancur.

Terbukti aku benar.
Kini kita seperti tak pernah mengenali satu sama lain.
Kini kau lupa segala syarat yang pernah kita cipta bersama.
Ini semua kerana kau punya rasa itu terhadap aku.

MAAF!!
Aku terpaksa buatkan kau membenci aku.
Aku harus menjauhkan diri dari kau.
Aku harus abaikan perasaan kau.

Jaga dan hargai apa yang kau ada.
Itu pesanan terakhir aku untuk kau.
Selamat tinggal sahabat.

AKU RINDU

Assalamulaikum..
Serius AKU RINDU..
Aku rindu bermadah pujangga
Aku rindu berkongsi rasa
Aku rindu bersuara lantang
Aku rindu jejak kaki kalian semua.

Hari ini,
Waktu ini,
Detik ini,
Mungkin aku kembali menemani kalian seluruh alam.

Friday, August 31, 2012

BERSUA KEMBALI

Assalamulaikum..

Kini ku kembali
Berkongsi inspirasi
Berkongsi suka dan duka
Sebagai seorang insan yang bernama siti

Kau suka
Terima kasih aku ucapkan
Kau tak suka
Celaka la kau di sana
Kerana di sini tempat ku bersuara lantang

Mungkin tulisan aku kurang sempurna
Tak seperti penulisan terkenal
Namun aku ada gaya identiti sendiri
Yang mungkin mereka tiada

Sampai berjumpa lagi 
Di entry yang seteruanya.

SEKIAN

IKHLAS-FERRA

Friday, July 20, 2012

BANGUN


 (sumber gambar)

Aku bangun..
Dengan satu matlamat "sahur"
Aku berniat
Dengan satu kewajipan "puasa"

Hari ini..
Cekalkan la hati
Hari ini..
Kuatkan la iman

Bermula episod mengenal diri
Mengukur segala di dalam diri
Tiada syaitan di sisi
Itu la diri sebenar kita di duniawi

Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat.

Ikhlas-ferra

**SEKIAN**

TENANG



Tenang..
Mungkin itu yang aku cari
Tersenyum..
Mungkin itu yang terbaik

Syukur..
Dengan setiap pinjaman duniawi
Menjaga..
Itu sudah pasti ku janji

Kini aku mula berdiri
Di atas garis suci
Kini aku tak sendiri
Syurga ku sentiasa di sisi

Akhirnya aku temui
Apa erti hidup yang hakiki
Sujud syukur tak pernag terhenti

Semoga kali ini
Aku lebih berani
Mencari erti yang pasti

Ikhlas-ferra

**SEKIAN**

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...