Wednesday, October 17, 2012

PERASAAN YANG MEMBUNUH

 (sumber gambar)

Dulu kau kata 'Aku akan jadi sahabat kau sampai bila-bila'
Dulu kau kata 'Aku akan sentiasa ada masa untuk kau'
Dulu kau kata 'Tiada rahsia di antara kita'
Itu semua yang pernah kau kata kat aku dulu.

Sekarang kau kata 'Aku saiko'
Sekarang kau kata 'Aku busy'
Sekarang kau kata 'Tak semua cerita yang kita boleh kongsi bersama'
Kau nampak perbezaan di situ?

Dari mula aku ingatkan kau
'Kau jangan simpan apa-apa perasan kat aku,sekali kau dah rasa perasaan itu.
Pasti persahabatan kita akan hancur.

Terbukti aku benar.
Kini kita seperti tak pernah mengenali satu sama lain.
Kini kau lupa segala syarat yang pernah kita cipta bersama.
Ini semua kerana kau punya rasa itu terhadap aku.

MAAF!!
Aku terpaksa buatkan kau membenci aku.
Aku harus menjauhkan diri dari kau.
Aku harus abaikan perasaan kau.

Jaga dan hargai apa yang kau ada.
Itu pesanan terakhir aku untuk kau.
Selamat tinggal sahabat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...