Bila siang berganti malam,itu bermakna hari berganti musim. Dan mungkin dia terpaksa melepaskan sayang dan rindu begitu saja. Terbang melayang dibawa angin seperti layang-layang di awan nano. Sedikit keliru dalam hati,namu dia cuba untuk kentalkan diri. Terus mencuba berfikir secara waras seperti manusia yang sempurna. Walaupun pada hakikatnya,seribu lara membuka dalam jiwa.
Mungkin saja dia mahu meraung,tapi itu bukan cara yang terbaik untuk melepaskan seribu lara di dalam dada. Dia perlukan seseorang,mungkin teman yang bisa mendengar segala bebelan hati. Namun dia tahu,bukan mudah untuk mencari teman yang mengerti. Apatah lagi dalam keadaan ini,pasti dia akan menjadi point yang utama yang akan di salahkan.
Kini dia lebih gemar membawa diri,bersama hobi yang baru. Mungkin itu cara yang terbaik untuk melupakan lara di hati. Dia yakin dan sangat pasti,apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya. Kini dia mula gagah untuk kembali tersenyum seperti dulu,dia mahu padamkan saja rasa kasih dan sayang itu.
Sudah sampai masanya dia menghadapi kenyataan,bahawa semua itu bukan sesuatu yang kekal.
**SEKIAN**
No comments:
Post a Comment