Dia membisu seribu bahasa,namun di dalam hati bergelora bagaikan ombak sunami. Satu persatu langkah di aturkan,walaupun payah namun dia tak pernah mengenal erti jemu. Kau lihat la,betapa kuatnya semangat dia untuk menjadi yang terbaik.
Melalui beberapa episod hidup dengan pelbagai corak dan cerita,dia merasakan tanpa itu semua mungkin dia masih lagi menjadi manusia yang lemah. Senyum manis terukir buat manusia di sekelilingnya takala dia dirundung,satu demi satu awan derita.Mungkin juga awan itu bukan membawa derita,bahkan dengan awan kelabu sedemikian dia mampu cuci satu demi satu kenayangan silam. Walaupun ternyata dia rasa dia masih kotor,dengan celaka yang penuh cela.
Eh,bukan manusia kalau dia tidak pernah mengeluh memikirkan diri yang penuh dosa. Tipu la kalau dia tak pernah bersujud meratap menyesali perbuatan takala ujian mendatang. Semua pasti pernah tenggelam dengan keseronokan bahagia. Mengikut kata hati yang akhirnya,menipu diri dan berlalu pergi dengan ketawa.Saat bahagia bukan la mimpi di siang hari,cuma dia terleka dengan kenyataan. Bahagis itu hanya pinjaman,bahkan dunia ini juga satu pinjaman.Bila-bila masa saja boleh di tarik balik laksana pemiutang dan penghutang. Kalau sudah masa tiba,dia harus relakan segalanya. Ah,hilang bahagia!! Bukankah bahagia itu,juga satu ujian. Tidak semestinya derita saja.
Dalam memulakan perjalanan yang baru,dia menemui pelbagai rentak manusia lagi.Satu demi satu dia lihat cuba untuk mempersembahkan tarian megah ibarat merak mahu memikat pasangan,penuh sombong dan bongkak.Tetapi terlampau naif dengan apa sebenarnya yang di mahukan oleh pentas lakonan dunia. Mengepak penuh riak,tetapi hakikatnya segala tarian itu pincang dan tiada makna. Aneh,melihat manusia sekeliling masih bersorak buat segelintir manusia sebegitu.
Dia bangkit sendiri,dan terus berlalu meninggalkan segala noda yang dulu. Dia sudah pasti,apa yang dia mahukan dalam hidup ini. Cuma yang pasti dia tidak mahu kesakitan lagi.
**SEKIAN**
No comments:
Post a Comment