Asalamulaikum sahabat.
Alhamdulilah atas nikmat yang allah berikan. Dan kini aku berpenampilan baru. Mungkin sudah sampai masanya aku berhijab dengan keikhlasan diri tanpa dipengaruhi oleh sapa-sapa mahupun keadaan. Semuanya atas kehendak diri yang mungkin semakin mengenal erti kewajipan.
Tujuan entry kali ini untuk berkongsi rasa,secara jujur aku nyatakan bahawa tak semua orang disekeliling aku senang dengan penampilan baru aku. Bermacam-macam sangkaan dan pertanyaan yang aku hadap setiap masa. Eh,mereka cuba untuk mencelakakan perasaan aku!!
Bila aku cuba untuk berubah ke arah lebih baik,mereka katakan aku buang tabiat. Bila aku tunjuk perangai bangsat,mereka kata aku tiada pegangan. Bosan dan muak dengan lakonan mereka,sentiasa mencuba untuk menjahanamkan aku. Dan akan kembali baik bila mereka memerlukan pertolongan dari aku.
Susah senang,aku tanggung sendiri,begitu juga dosa aku bukan kalian
yang tanggung. Bukan ke sepatutnya kalian memberi sokongan padu kepada
seorang mualaf seperti aku? Atas sokongan seorang sahabat baik,kini aku lebih kental untuk terus
berdiri berpegang pada prinsip tersendiri. Mungkin aku belum cukup
sempurna,namun aku tidak pernah putus asa untuk menjadi lebih sempurna.
“Lu
orang jangan banyak cakap,Kasi kenal dulu sama gua,lepas tu lu orang
nilai la sendiri. “ Mohon maaf pada yang terasa,bila baca entry ini.
Siapa suruh lu orang makan cili kering banyak sangat,kan dah rasa
pedasnya!! (padan muka)
Million
thanks kepada family yang tak pernah mempertikaikan apa saja keputusan
yang aku lakukan. Malah my famliy sentiasa ada dibelakang aku di saat
susah senang aku,walaupun aku dan mereka ada perbezaan.Begitu juga
pada si dia,yang banyak membantu dan memberi sokongan sepanjang
perkenalan kami. Tak lupa juga pada sahabat baik aku (u know who u
are), kerana keyakinan yang kau kongsikan,aku semakin bersemangat .
“Sabar itu indah”
Semoga setiap langkah ku sentiasa diberkati,Amin.
“Jika tiada cabaran dalam perjuangan,hilanglah juga kemanisan kejayaan.”“Sabar itu indah”



