Saturday, June 23, 2012

KAU PENIPU


Ketika dia menunggu hujung minggu berlalu,dia didatangi malapetaka yang tidak disangka.Izinkan dia  mengantikan panggilan "i and u" dengan "kau dan aku",kerana dia lebih selesa berbicara sebegitu di saat hati terluka. Empat tahun!! Empat tahun kau tipu dia kan? Dia benci kau dan dia juga benci pada sapa-sapa saja yang sekongkol dengan kau. Terasa kau mencelakakan dia,dan mereka juga memberi sialan. Bajingan kalian semua!!

"Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga". Walaupun dia tak nampak apa yang kau tipu,tapi Allah tak pernah buta.Dia tak mencari kesalahan kau,namun dia sentiasa berdoa,agar  ditunjukkan kebenaran suatu hari nanti. Alhamdulilah,akhirnya dia temui jua kebenaran tentang penipuan kau selama ini.

Kau lupa siapa dia? Kau lupa segala pengorbanan dia? Sungguh kejam kau memperlakukan dia sebegitu. Sedangkan dia taat dengan satu kepercayaan yang teramat tinggi nilainya terhadap perhubungan kau dan dia. Dan kini kepercayaan itu musnah begitu saja,semuanya kerana kelalaian kau terhadap alam maya.

Luka hati dia tanpa setitik pun darah mengalir dan luka di hati dia tiada sebarang jenis ubat yang boleh menyembuhkan luka itu. Dia sendiri tewas dengan kesakitan itu,dia kaku tanpa sebaris kata dibibir. Yang mampu dia rasakan hanya jantung yang berdenyut kencang seakan-akan memakan tuannya sendiri.

Dia hampir membenci kan diri kau,dia hampir kebumikan perasaan sayang dia terhadap kau. Kerana dia rasakan kewujudan kau satu pembohongan. Kata-kata yang kau nyatakan hanya satu penipuan. Janji yang kau taburkan hanya kecurangan dalam diam. Gerakkan dan bahasa tubuh kau hanya satu lakonan yang kau sendiri sebagai pengarah dalam cerita itu.

 
Betapa celakanya rasa yang dia rasakan disebabkan penipuan kau dalam perhubungan itu. Bagi dia tiada apa yang paling menyakitkan selain dari dibenci! Tiada apa yang paling menyakitkan selain dari dikhianati! Tiada apa yang menyakitkan selain dibohongi! Tiada apa yang menyakitkan selain dicurangi!

Jangan bunuh hati dia kerana alam maya. Jangan butakan mata hati dia kerana keeegoan kau. Jangan matikan nyawa dia kerana lakonan kau. Khuatir suatu hari nanti semuanya lenyap seprti tananh tinggi yang runtuh di bumi.


**SEKIAN**

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...