Bukan senang untuk kita menghadapi sesuatu pemergian. Apatah lagi bila yang pergi itu orang yang kita kasih dan sayang. Dan agak sukar untuk kita gambarkan perasaan saat menghadapi pemergian itu. Apa yang kita mampu lakukan masa itu mungkin mengalirkan air mata. Yang sememangnya kita sudah pasti itu bukan penawar yang sebenar untuk kesakitan itu. Tapi sekurang-kurangnya kita bercerita dengan air mata,kerana kita tak mampu untuk berkata-kata.
Pergi berlalu dikala nyawa masih bersatu dengan jasad,mungkin meninggalkan kesan yang amat mendalam. Kerana kadang-kadang kita terlampau ego untuk menghadapi realiti dan kenyataan.Bukan kita tidak mencuba untuk menghadapi tapi kenangan yang terindah sentiasa menghantui diri. Bukankah hidup kita ini dipenuhi dengan bayang-bayang?
Pergi untuk selama-lamanya dikala nyawa dan jasad terpisah,lebih mudah untuk kita terima,kerana saat itu kita lebih menghampirkan diri dengan yang maha esa. Walaupun sedih,namun kita tetap masih ada kekuatan untuk gagah berdiri. Kerana kita percaya mungkin itu sudah tertulis untuk kepemergian itu. Sudah pasti kita harus menerima dengan hati yang redha.
Apa yang mendatang pasti akan berakhir dengan pemergian. Itu lumrah kehidupan yang hakiki yang harus kita sedari. Kesimpulan yang pasti tiada yang kekal dibumi ini. Terima la setiap pemergian itu sebagai satu proses mendewasakan kita dalam menempuhi kehidupan yang mendatang. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang pasti sebagai penganti.
Kerana pemergian aku semakin tabah menjalani kehidupan yang indah.
**SEKIAN**
No comments:
Post a Comment